Melawat Terengganu – Pulau Kapas, Pulau Redang, Pulau Perhentian, Tasik Kenyir mudah dan jimat

Nak melancong ke Terengganu contact RaznaTravel, mudah, jimat dan cepat.

Terengganu mempunyai banyak tempat-tempat menarik yang wajib anda kunjungi. Bagi mereka yang pertama kali merancang untuk datang ke Terengganu tentu teruja dengan cerita-cerita kecantikan Pulau Kapas, Pulau Redang atau Pulau Perhentian. Mereka yang pernah datang ke pulau-pulau ini semestinya akan datang kembali lagi sebab tidak puas mandi, snorkeling dan menghirup udara segar pulau sehinggakan ada mat dan minah saleh sanggup tinggal berbulan-bulan di pulau-pulau ini kerana terpersona dengan kecantikan semulajadi yang ada.

Apa kaitan Razna Travel dengan pelancongan Terengganu?

Bagi mereka yang pertama kali merancang bercuti di Terengganu, sudah tentu merasa agak gusar sedikit sebab pertama kali ke tempat orang, tak kenal siapa di Terengganu, risau takut tersesat, risau nak cari makanan bagaimana, tak tahu kaedah nak pergi ke pulau dan macam-macm lagi kerisauan.

Bagi mereka yang datang dengan keluarga dan berkumpulan pula, walaupun telah banyak kali datang mereka inginkan suasana yang berbeza, mereka ingin terokai lebih banyak lagi tempat-tempat menarik di Terengganu dan mereka inginkan ada orang lain yang menguruskan perjalanan mereka agar mereka betul-betul rilek dan gembira bila bercuti.

Razna Travel & Tours merupakan sebuah syarikat pelancongan yang berdaftar dan berlesen dengan Kementerian Pelacongan Malaysia (MOTAC) dan juga merupakan ahli MATTA. Razna Travel beroperasi di Kuala Terengganu dan mempunyai chalet, van, restoran dan houseboat sendiri. Ini memudahkan sesiapa sahaja yang datang melancong ke Terengganu untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain dengan lebih cepat, mudah dan jimat. Sebagai contoh jika anda ingin menginap di Kuala Terengganu dan ingin snorkeling di Pulau Redang atau Pulau Kapas, kami akan menghantar anda ke jeti dan menguruskan semua yang berkaitan tanpa anda perlu bersusah payah. Begitu juga jika anda datang dengan flight, kiami akan menjemput dan menghantar anda ke airport dan membawa anda melawat dan membeli belah di Pasar Payang, kedai-kedai songket dan batik, melawat dan membeli keropok lekor, dan kemana sahaja destinasi yang anda hendak tuju samaada ke daerah kemaman, dungun, besut, setiu atau ke Tasik Kenyir.

Hubungi kami: 09-6626565 atau 014-3296565 untuk pertanyaan.